Struktur Tocotrienol
Apa itu TOCOTRIENOL?
Tocotrienol merupakan kumpulan Vitamin E yang wujud secara semula jadi
dikebanyakan persekitaran terutama di dalam tumbuh-tumbuhan. Secara
umum, Vitamin E boleh terbahagi kepada dua famili yang besar iaitu
Tocopherol dan Tocotrienol. Bagi setiap famili Tocopherol dan
Tocotrienol, terdapat jenis yang berbeza mengikut struktur mereka. Ia
termasuklah alpha, beta, delta dan gamma. Keempat-empat jenis ini wujud
dalam setiap famili Vitamin E. Tetapi apakah yang membezakan Tocopherol
dan Tocotrienol ? Jawapannya terletak pada struktur mereka sendiri.
Tocorienol lebih pendek & singkat berbanding Tocopheral yang lebih panjang.
Vitamin E merupakan sejenis vitamin yang berstruktur lipid yakni
berlemak. Ia memiliki 'kepala' dan 'ekor' yang menjadikan struktrurnya
unik. Tocopherol memiliki kepala yang besar dan ekor yang lebih panjang
manakala Tocotrienol sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa Tocotrienol
mampu melindungi permukaan sel dengan lebih dalam berbanding Tocopherol
memandangkan Tocotrienol lebih kecil dan mempunyai luas permukaan yang
lebih besar dalam menembusi lapisan lipid sel dengan lebih cepat, malah
ada kajian menujukkan bahawa daya penembusan Tocotrienol adalah 50%
lebih pantas berbanding Tocopherol.
Namun harus diingatkan bahawa tidak semua jenis Tocotrienol adalah sama
kerana setiap daripadanya adalah berbeza kekuatan serta fungisnya yang
tersendiri. Kajian menunjukkan bahawa dalam empat jenis Tocotrienol yang
wujud, hanya delta-Tocotrienol sahaja disahkan paling kuat dan mujarab
diikuti gamma-Tocotrienol. Kedua-dua gabungan ini menjadikan Tocotrienol
sangat berkuasa dan mampu bertindak sebagai komponen Vitamin E terkuat
pernah ditemui.
Memandangkan hampir 99% kajian Vitamin E menfokuskan kepada
alpa-Tocopherol, hakikatnya komponen Tocotrienol adalah jauh lebih
berkuasa dan dan mujarab. Kajian menunjukkan bahawa Tocotrienol adalah
60 kali lebih kuat berbanding Tocopherol. Tocotrienol juga dapat
membantu mereka yang menghadapi masalah jantung, kolestrol tinggi serta
mahu memiliki kulit yang cantik berseri.
Dalam satu kajian yang dijalankan, Tocotrienol mampu mengurangkan paras
kolestrol sehingga 31% dalam 4 minggu. Kajian lain juga menunjukkan
bahawa ia hampir menyamai tindakan ubat penurun kolesterol popular,
Statin. Statin sememangnya merupakan sejenis ubat penurun kolesterol
terbaik dan paling effektif dalam menurunkan kolesterol. Namun kesan
sampingan yang terpaksa ditanggung kepada mereka yang mengambil ubat ini
ialah, sakit-sakit otot, pening kepala, mudah berasa penah serta lemah
nafsu syahwat. Berbeza dengan Tocotrienol, hanya jenis delta dan gamma
Tocotrineol sahaja yang mampu bertindak seperti statin tanpa
mendatangkan kesan-kesan tersebut.
Pigmentasi, Tona kulit tak sekata, parut yang dalam dapat diatasi dengan pengambilan Tocotrienol
Selain itu, antioksidan ini juga sangat berkuasa dalam pembaikan sel.
Sememangnya diketahui ramai bahawa Vitamin E sangat penting dalam
menghentikan penuaan kulit, menjadikan kulit lebih halus serta kurang
pigmentasi. Berbeza dengan Tocotrienol, ia mampu bertindak lebih jauh ke
dalam sel berbanding Tocopherol. Ini menjelaskan mengapa ia 60 kali
lebih berkuasa daripada Tocopherol. Tocotrienol juga mampu bertindak
sebagai penampan sinaran UV matahari secara semula jadi sekiranya diambil
sebelum pendedahan cahaya matahari. Ia mampu merencatkan enzim
Tyrosinase yang bertindak sebagai pigmen penggelapan kulit. Antioksidan
ini termendap di dalam lapisan lipid sel dan mengelakkan berlakunya
oksidasi lipid yang membawa kepada kulit yang kurang bermaya, mencegah
pemusnahan kolagen dan menjadikan lapisan dermis kulit lebih anjal.
Kehebatan antioksidan ini tidak terhad di sini, pengambilan Tocotrienol
secara konsisten mampu mengurangkan tekanan di dalam salur darah dengan
berkesan terutama kepada pesakit diabetis. Pesakit diabetis menghadapi
masalah paras gula yang tinggi dalam darah. Ini sekaligus menjejaskan
kelenturan saluran darah dan pada masa yang sama meningkatkan tekanan
darah tinggi. Secara dasar, salur darah masih tidak cukup terjejas
secara mendadak kepada pesakit diabetis kecuali salur darah utama (
arteri ) di jantung. Kapilari darah lebih terjejas memandangkan ia
terpaksa menampung tekanan darah yang tinggi dan juga kepekatan gula
yang melampau sedangkan kapilari darah sangat halus. Dinding kapilari
hanyalah sebesar sel dan tanpa diragui ia boleh pecah dengan mudah.
Di dalam kes diabetes, paras gula yang tinggi menyebabkan pesakit
terpaksa mengalami masalah tekanan kapilari yang melampau dan ini
menjelaskan mengapa ramai pesakit diabetes menghidapi masalah
penglihatan, glucoma atau katarak. Mata merupakan anugerah Tuhan yang
tidak ternilai, ia dihubungkan dengan ribuaan kapilari yang memberi
nutrien dan oksigen dalam membantu penglihatan kita cerah dan
sempurna. Namun, paras gula yang tinggi menyebabkan kapilari ini
tersumbat dan menjadikan mata lesu, kurang bermaya, penglihatan semakin
kabur dan sebagainya.
Tocotrienol bertindak pada dasar kapilari dalam menjadikan salur
kapilari lebih lentur dan fleksibel. Ini sekaligus dapat mengurangkan
tekanan pada kapilari dan memberi lebih ruang kepada mata dalam menerima
nutrient dengan lebih sempurna. Disebabkan sifatnya yang kuat, ia juga
mampu melindungi mata daripada sinaran UV dan radiasi berbahaya.
Kesannya, mata akan lebih bersinar dan penglihatan lebih cerah. Tidak
terhad di situ, ia juga sangat sesuai kepada sesiapa yang mengalami
masalah penglihatan yang serius, silau, mata letih, mudah berair dan
seumpama dengannya.
Tocotrienol banyak diperolehi di dalam tumbuhan yang bersifat lipid atau minyak. Paling ketara adalah pokok kelapa sawit. Kelapa sawit mengandungi 75% Tocotrienol dan 25% Tocopherol. Tocotrienol adalah lebih kuat dan berkuasa daripada Tocopherol, komponen
Vitamin E biasa yang banyak di pasaran. Ini juga secara jelas
membuktikan bahawa Tocotrienol mampu melindungi sel terutama kulit dan
badan daripada pancaran matahari dan sinaran UV yang berbahaya disamping
memberi kebaikan utama Vitamin E dalam bentuk kesihatan jantung dan
paras kolesterol darah yang rendah.
Berminat mahu merasai sendiri keajaiban Tocotrienol untuk kulit, jantung serta mata anda ? Pastinya YA ..boleh dapatkan dengan kami .. Nak jimat boleh dapatkan dengan harga Promosi Ramadhan..
No comments:
Post a Comment