Soalan-soalan yang kerap ditanya Mengenai TOCOTRIENOL
Q1 : Apakah Tocotrienol?
A1 : Tocorienol adalah ahli yang terbaik dala keluarga vitamin E. Keluarga vitamin E termasuk lapan sebatian yang berbeza
alpha, beta, gamma dan delta tocotrienol serta
alpha, beta, gamma dan delta tokoferol.
Q2 : Dari manakah kita boleh dapat tocotrienol?
A2 : Tocotrienol boleh dapat dalam banyak tumbuh-tumbuhan secara semulajadi
. Kebanyakkannya adalah
didapati
dalam minyak kelapa sawit yang diekstrak dari buah palma. Selain
daripada itu, ia juga boleh didapati dalam sumber-sumber lain seperti
sekam beras
, benih gandum, oat dan barli.
Q3 : Apakah faedah-faedah kesihatan yang membuktikan oleh tocotrienol?
A3 : Faedah-faedah kesihatan yang terbukti dari kajian adalah:
✔ Membalikkan penyumbatan salur darah oleh yang demikian ia mengurangkan risiko lumpuh dan pengerasan salur nadi.
✔ Mengurangkan pengeluaran jumlah darah kolesterol
✔ Lebih poten daripada tocoferol (40-60 kali lebih paten daripada alfa-tocoferol dalam pencegahan pemperoksidaan lemak)
✔ Dapat mengawal pertambahan tekanan darah dan meningkatkan taraf jumlah antioksidan dalam plasmadan urat-urat darah.
✔ Melarang pengagregatan platelet
✔ Lebih efisien dan cepat apabila melalui membran dwi-lapisan, oleh itu ia mudah diserapkan ke dalam badan.
✔ Efektif dalam pencegahan pengoksidaan protein dan pemperoksidaan lemak selepas latihan/aktiviti.
Q4 : Apakah dos harian disarankan untuk
mereka yang tanpa sebarang penyakit tetapi hendak menikmati
faedah-faedah dan perlindungan dari vitamin E (fito-tocotrienol dari
palma) yang istimewa ini.
A4 : Untuk mereka yang ingin mengekalkan kolesterol yang sihat, jantung
dan keadaan kardivaskular serta payu dara yang sihat, permudakatan
antara saintis-saintis penyelidikan tocotrienol adalah 30-50mg/hari.
Bagaimanapun, tambahan diet komersial kini menawarkan tocotrienol
sebagai tambahan harian sebanyak 20mg - 60mg untuk orang dewasa yang
sihat.
Q5 : Mengapakah kita perlu mengambil tocotrienol? Saya sudah pun mengambil tocoferol vitamin E.
A5 : Kebanyakkan tambahan vitamin E hanya mengandungi alfa-tocoferol
manakala tocotrienol dari palma mengandungi tocotrienol, fitosterol
(terbukti untuk menghalang penyerapan kolesterol), skualena (satu
antioksidan yang kuat) dan karotenoid. Penyelidikan terbaru ini telah
menunjukkan bahawa pengambilan kesemua fito-nutrien dalan satu kombinasi
mungkin amat berkesan dalam penjagaan keseluruhan kesihatan.
Q6 : Apakah yang saya boleh mengharapkan daripada mengambil tocotrienol secara tetap?
A6 : Kesan antioksidan dan tocotrienol hanya boleh ternyata dalam jangka
masa panjang. pengambilan tocotrienol setiap hari akan mengakibatkan
pengurangan dalam paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit
kemerosotan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Q7 : Bagaimanakah tocotrienol diserap oleh badan?
A7 : Tocotrienol adalah vitamin yang dapat larut lemak. Mereka
diserapkan ke dalam badan dengan cara yang sama seperti lemak, dan
vitamin-vitamin larut lemak (seperti vitamin A, D dan K), serta
fitonutrien. Untuk mengemulasikan lemak dan vitamin-vitamain larut
lemak, badan kita memerlukan jus pankreas dan hempedu yang mencukupi,
barulah kita dapat penyerapan yang memuaskan. Bagaimanapun, dengan
sistem penyampaian diri-mengeulasi dari Hovid (Sistem Bio-Optima),
Penyerapan dapat dimaksimumkan dengan
mengambilnya dalam perut kosong
Q8 : Apakah manfaat-manfaat tocotrienol
yang telah dibuktikan dalam pencegahan penuaan kulit dan kerosakan kulit
oleh sinar ultra ungu kerana vitamin E digunakan secara meluas dalam
kosmetik dan produk penjagaan peribadi?
A8 : Sebagai vitamin E yang poten, saintis-saintis penyelidikan telah
mula menyelidiki faedah-faedah tambahan bagi tocotrienol berbanding
dengan alfa-tocoferol dalam encegahan penuaan kulit dan kerosakan kulit.
Satu kajian dijalankan di Universiti Califonia, Berkeley menunjukan
bahawa tocotrienol berkumpul utama di serata korneum yang berperanan sebagai
pertahanan pada radikal bebas dihasilkan dalam pendedahan kepada
ejen-ejen persekitaran seperti matahari (UV), ozon, bahan kimia dan
sebagainya.
Q9 : Adakah tocotrienol selamat?
A9 : kajian-kajian toksikologi dan farmakologi menunjukkan bahawa
pengambilan tambahan tocotrienol dari palma sehingga 2500mg setiap hari
bagi setiap kilogram adan tidak akan menyebabkan apa-apa kesan
sampingan yang penting tocotrienol adalah sebatian semulajadi terdapat
dalam pelbagai makanan dan minyak seperti palma olein, minyak sekam
beras, benih ganum barli dan sebagainya. Mereka adalah vitamin E dan
seseorang mungkin mengambil tocotrienol melalui makanan normal tanpa
menyedarinya.
Q10 : Bolehkah saya mendapat tocotrienol yang cukup daripada diet/makanan saya yang normal?
A10 : Kebanyakkan minyak dan makanan mengandungi tocoferol tetapi
sebenarnya tidak mengandungi tocotrienol. Tocotrienol hanya wujud pada
tahap yang sangat rendah di alam dengan konsentrasi tertinggi dalam
minyak sawit. Sumber-sumber lai adalah seperti sekam beras, benih
gandum, saw palmetto dan jenis-jenis kacang serta bijian yang tertentu.
Disebabkan oleh tahap rendah mereka, ia adalah mustahil untuk mencapai
jumlah tocotrienol yang dicadangkan dalam kajian-kajian yang mungkin
membekalkan satu kesan bermanfaat daripada diet sahaja. Contohnya,
seseorang terpaksa mengambil secawan minyak kelapa sawit setiap hari
untuk mencapai tahap ini..
Q11 : Bolehkah saya dapat tocotrienol dengan hanya menggunakan minyak sawit semasa memasak?
A11 : Palma olein telah ditapis (minyak masak palma) mengandungi
tocotrienol serta tocoferal tetapi tahap-tahap itu adalah sangat rendah,
kira-kira 0.08% Dengan tujuan mendapat jumlah tocotrienol (50mg-100mg
setiap hari), Kajian Perubatan mencadangkan mungkin mempunyai satu kesan
bermanfaat, seseorang perlu mengambil lebih 80g-160g (kira-kira satu
hingga dua cawan teh) palma olein setiap hari. Minyak masak seperti
jagung, kacang soya dan bunga matahari sebenarnya tidak mengandungi
tocotrienol.
Q12 : Siapakah patut mengambil tocotrienol?
A12 : Setiap orang. Penyelidikan telah membuktikan bahawa tocorienol
boleh mengurangkan tahap kolesterol secara aktif, menghalang darah
daripada pembekuan, mempunyai aktiviti-aktiviti anti-kanser dan
sifat-sifat anti tumor. Sesiapa yang ingin menikmati satu antioksidan
yang berkesan patut mengambil tocotrienol dan mula makan tambahan
tocotrienol semasa kedewasaan muda dan meneruskannya sepanjang hidup.
Q13 : Apakah yang saya perlu memerhatikan apabila membeli tocotrienol?
A13 : Mencari dan mendapat satu tocotrienol produk yang semulajadi dan
diekstrak dari minyak kelapa sawit. Jika ia diproses secara minimum, ia
harus juga mengandungi fito nutrien yang lain di mana mereka dijumpai
secara semulajadi dalam minyak sawit, termasuk fitosterol, skualena dan
campuran karotenoid.
Q14 : Mengapakah tocotrienol adalah lebih mahal daripada tocoferol?
A14 : Dalam alam semulajadi, jumlah tocotrienol adalah pada tahap yang
rendah ( tahap bahagian per juta) di mana ia memerlukan satu jumlah
bahan mentah yang sangat besar untuk mengekstrak 1 kg tocotrienol. Di
samping itu, proses untuk mengekstrak tocotrienol melalui penyulingan
molekul adalah satu proses yang mahal berbanding dengan proses-proses
penyulingan yang konvensi.