Monday 22 July 2013

Tocotrienol : Kehebatan Luar Biasa Vitamin E

 Struktur Tocotrienol

Apa itu TOCOTRIENOL?

Tocotrienol merupakan kumpulan Vitamin E yang wujud secara semula jadi dikebanyakan persekitaran terutama di dalam tumbuh-tumbuhan. Secara umum, Vitamin E boleh terbahagi kepada dua famili yang besar iaitu Tocopherol dan Tocotrienol. Bagi setiap famili Tocopherol dan Tocotrienol, terdapat jenis yang berbeza mengikut struktur mereka. Ia termasuklah alpha, beta, delta dan gamma. Keempat-empat jenis ini wujud dalam setiap famili Vitamin E. Tetapi apakah yang membezakan Tocopherol dan Tocotrienol ? Jawapannya terletak pada struktur mereka sendiri.

 Tocorienol lebih pendek & singkat berbanding Tocopheral yang lebih panjang.

Vitamin E merupakan sejenis vitamin yang berstruktur lipid yakni berlemak. Ia memiliki 'kepala' dan 'ekor' yang menjadikan struktrurnya unik. Tocopherol memiliki kepala yang besar dan ekor yang lebih panjang manakala Tocotrienol sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa Tocotrienol mampu melindungi permukaan sel dengan lebih dalam berbanding Tocopherol memandangkan Tocotrienol lebih kecil dan mempunyai luas permukaan yang lebih besar dalam menembusi lapisan lipid sel dengan lebih cepat, malah ada kajian menujukkan bahawa daya penembusan Tocotrienol adalah 50% lebih pantas berbanding Tocopherol.
 
Namun harus diingatkan bahawa tidak semua jenis Tocotrienol adalah sama kerana setiap daripadanya adalah berbeza kekuatan serta fungisnya yang tersendiri. Kajian menunjukkan bahawa dalam empat jenis Tocotrienol yang wujud, hanya delta-Tocotrienol sahaja disahkan paling kuat dan mujarab diikuti gamma-Tocotrienol. Kedua-dua gabungan ini menjadikan Tocotrienol sangat berkuasa dan mampu bertindak sebagai komponen Vitamin E terkuat pernah ditemui.
 
Memandangkan hampir 99% kajian Vitamin E menfokuskan kepada alpa-Tocopherol, hakikatnya komponen Tocotrienol adalah jauh lebih berkuasa dan dan mujarab. Kajian menunjukkan bahawa Tocotrienol adalah 60 kali lebih kuat berbanding Tocopherol. Tocotrienol juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah jantung, kolestrol tinggi serta mahu memiliki kulit yang cantik berseri.

 Dalam satu kajian yang dijalankan, Tocotrienol mampu mengurangkan paras kolestrol sehingga 31% dalam 4 minggu. Kajian lain juga menunjukkan bahawa ia hampir menyamai tindakan ubat penurun kolesterol popular, Statin. Statin sememangnya merupakan sejenis ubat penurun kolesterol terbaik dan paling effektif dalam menurunkan kolesterol. Namun kesan sampingan yang terpaksa ditanggung kepada mereka yang mengambil ubat ini ialah, sakit-sakit otot, pening kepala, mudah berasa penah serta lemah nafsu syahwat. Berbeza dengan Tocotrienol, hanya jenis delta dan gamma Tocotrineol sahaja yang mampu bertindak seperti statin tanpa mendatangkan kesan-kesan tersebut.

 Pigmentasi, Tona kulit tak sekata, parut yang dalam dapat diatasi dengan pengambilan Tocotrienol

Selain itu, antioksidan ini juga sangat berkuasa dalam pembaikan sel. Sememangnya diketahui ramai bahawa Vitamin E sangat penting dalam menghentikan penuaan kulit, menjadikan kulit lebih halus serta kurang pigmentasi. Berbeza dengan Tocotrienol, ia mampu bertindak lebih jauh ke dalam sel berbanding Tocopherol. Ini menjelaskan mengapa ia 60 kali lebih berkuasa daripada Tocopherol. Tocotrienol juga mampu bertindak sebagai penampan sinaran UV matahari secara semula jadi sekiranya diambil sebelum pendedahan cahaya matahari. Ia mampu merencatkan enzim Tyrosinase yang bertindak sebagai pigmen penggelapan kulit. Antioksidan ini termendap di dalam lapisan lipid sel dan mengelakkan berlakunya oksidasi lipid yang membawa kepada kulit yang kurang bermaya, mencegah pemusnahan kolagen dan menjadikan lapisan dermis kulit lebih anjal.
 
Kehebatan antioksidan ini tidak terhad di sini, pengambilan Tocotrienol secara konsisten mampu mengurangkan tekanan di dalam salur darah dengan berkesan terutama kepada pesakit diabetis. Pesakit diabetis menghadapi masalah paras gula yang tinggi dalam darah. Ini sekaligus menjejaskan kelenturan saluran darah dan pada masa yang sama meningkatkan tekanan darah tinggi. Secara dasar, salur darah masih tidak cukup terjejas secara mendadak kepada pesakit diabetis kecuali salur darah utama ( arteri ) di jantung. Kapilari darah lebih terjejas memandangkan ia terpaksa menampung tekanan darah yang tinggi dan juga kepekatan gula yang melampau sedangkan kapilari darah sangat halus. Dinding kapilari hanyalah sebesar sel dan tanpa diragui ia boleh pecah dengan mudah. 

Di dalam kes diabetes, paras gula yang tinggi menyebabkan pesakit terpaksa mengalami masalah tekanan kapilari yang melampau dan ini menjelaskan mengapa ramai pesakit diabetes menghidapi masalah penglihatan, glucoma atau katarak. Mata merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai, ia dihubungkan dengan ribuaan kapilari yang memberi nutrien dan oksigen dalam membantu penglihatan kita cerah dan sempurna. Namun, paras gula yang tinggi menyebabkan kapilari ini tersumbat dan menjadikan mata lesu, kurang bermaya, penglihatan semakin kabur dan sebagainya.
Tocotrienol bertindak pada dasar kapilari dalam menjadikan salur kapilari lebih lentur dan fleksibel. Ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan pada kapilari dan memberi lebih ruang kepada mata dalam menerima nutrient dengan lebih sempurna. Disebabkan sifatnya yang kuat, ia juga mampu melindungi mata daripada sinaran UV dan radiasi berbahaya. Kesannya, mata akan lebih bersinar dan penglihatan lebih cerah. Tidak terhad di situ, ia juga sangat sesuai kepada sesiapa yang mengalami masalah penglihatan yang serius, silau, mata letih, mudah berair dan seumpama dengannya.
 
Tocotrienol banyak diperolehi di dalam tumbuhan yang bersifat lipid atau minyak. Paling ketara adalah pokok kelapa sawit.  Kelapa sawit mengandungi 75% Tocotrienol dan 25% Tocopherol. Tocotrienol adalah lebih kuat dan berkuasa daripada Tocopherol, komponen Vitamin E biasa yang banyak di pasaran. Ini juga secara jelas membuktikan bahawa Tocotrienol mampu melindungi sel terutama kulit dan badan daripada pancaran matahari dan sinaran UV yang berbahaya disamping memberi kebaikan utama Vitamin E dalam bentuk kesihatan jantung dan paras kolesterol darah yang rendah.
 
Berminat mahu merasai sendiri keajaiban Tocotrienol untuk kulit, jantung serta mata anda ? Pastinya YA ..boleh dapatkan dengan kami .. Nak jimat boleh dapatkan dengan harga Promosi Ramadhan..

Sunday 21 July 2013

Vitamin E Tocotrienol Cegah Kanser

 Melalui pembacaan, Vitamin E baik untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Namun apabila mengunjungi farmasi, terdapat beberapa jenis vitamin E yang membuatkan saya agak keliru untuk membuat pilihan. Adakah semua adalah sama atau berbeza dari segi fungsinya?


Banyak pendedahan mengenai kebaikan Vitamin E, sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Walaupun penggunaannya meluas di kalangan wanita, namun ia lebih tertumpu kepada kecantikan kulit. Dengan sebab itulah banyak produk yang menawarkan untuk kegunaan luaran seperti untuk disapu terus ke atas kulit seperti untuk mencegah dan merawat parut.

Penyelidikan demi penyelidikan kini turut menemui manfaat Vitamin E yang lebih luas dan tidak terhad kepada kecantikan semata-mata, malah pengambilan dalam suplemen harian dengan dos yang sesuai boleh menyokong memperbaiki masalah kesihatan tertentu. Hasil penyelidikan juga mendapati ia tidak terhad kepada satu jantina sahaja, malah lelaki dan wanita memperolehi manfaat kesihatannya.

Vitamin E Tokotrienol yang diekstrak daripada buah kelapa sawit merupakan anti oksida poten, iaitu 40 hingga 60 kali lebih berkesan berbanding Vitamin E tokoferol. Ia turut berbeza dengan tokoferol dari segi strukturnya, iaitu ketidaktepuan yang membezakan ‘kebendaliran’ dan fungsi-fungsi biologi yang memberikan manfaat unik.

Sempena kempen Pink Ribbon bulan oktober yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta sokongan ke atas kempen menangani isu kanser payu dara, hasil penyelidikan turut membuktikan bahawa pengambilan Vitamin E tokotrienol memberi kesan memberangsangkan.

Kanser payu dara kekal sebagai kanser yang paling umum di kalangan wanita di seluruh dunia. Malah peningkatan statistik kanser payu dara dianggap membimbangkan. Setiap tahun, satu juta wanita didiagnosis dengan kanser payu dara. Kebarangkalian setiap seorang daripada dua puluh orang wanita berisiko mendapat kanser payu dara.

Pengurangan risiko kanser payudara

Tokotrienol boleh dijadikan senjata menentang kanser kerana mekanismenya dalam mencegah proliferasi dan kebolehhidupan sel tumor serta mempamerkan ciri-ciri anti-kanser yang unggul, berbanding antioksida lain. Ia bukan sahaja menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, bahkan memulakan apoptosis – proses kematian sel-sel kanser yang tidak mampu dilakukan oleh Vitamin E Tokoferol.

Kajian turut mendapati bahawa paras tokotrienol banyak berbeza dalam tisu-tisu berkanser dan tidak berkanser, namun paras tokoferol adalah sama. Ini menunjukkan bahawa tokotrienol dapat menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara secara berkesan, manakala tokoferol tidak mempunyai kesan yang signifikan.

Sebagai terapi tambahan kanser payudara

Tokotrienol juga bertindak secara sinergi dengan Tamoxifen – ubat rawatan kanser payudara yang merencat aktiviti estrogen. Tokotrienol juga meningkatkan keberkesanan Tamoxifen tanpa mengira status reseptor estrogen. Kajian lima tahun ke atas 240 penghidap kanser payudara peringkat awal, menunjukkan terapi kombinasi Tamoxifen dan tokotrienol mempunyai kadar daya hidup yang lebih tinggi dan kejadian pengulangan yang lebih rendah berbanding rawatan Tamoxifen sahaja. Dengan itu, tokotrienol berpotensi sebagai terapi tambahan dengan ejen anti-kanser lain bagi mengelak toksisiti atau tindakan terapeutik yang terhad dengan monoterapi yang berdos tinggi.

Penyelidikan lain juga memperlihatkan vitamin E tokotrienol, khususnya gama dan Delta memberi perlindungan selamat dan berkesan terhadap radiasi. Tokotrienol juga boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat radiasi kerana bahan anti oksida dan anti-radangnya.

Berbanding sumber tokotrienol yang lain seperti minyak bran beras, germa gandum, barli, oat dan beberapa lagi, minyak dari buah kelapa sawit didapati lebih lengkap. Malah ia sesuai untuk penggunaan jangka panjang serta mempamerkan profil keselamatan yang baik.

Friday 5 July 2013

Hovid Berhad

OPTI E PLUS salah satu produk HOVID BERHAD 

Syarikat Hovid Berhad???




Latar Belakang Pengeluar : HOVID BERHAD 

  Pengeluar produk farmaseutikal tempatan. 
  Peneraju Utama dalam Penyelidikan tentang Tocotrienol di Peringkat Antarabangsa.  
Aktiviti Perniagaan berlandaskan Syariah.
Mengeluarkan lebih daripada 400 Produk, Di eksport ke lebih daripada 50 Buah Negara selama lebih daripada 50 Tahun.
Syarikat yang pertama di dunia yang menghasilkan teknologi penyerapan bio-optima.
Syarikat yang pertama di dunia yang membangunkan sistem pengekstrakkan Tocotrienol daripada kelapa sawit.